Buat saat ini saya benar-benar perlukan awak. Perlukan telinga saya untuk mendengar suara awak. Saya rindukan 'jantan' voice awak yang sangat-sangat menenangkan jiwa saya.
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerna awak berada dalam keadaan selamat saja. Risau saya bila baca berita pasal kapal terbakar di Labuan tu. Panggilan dari awak walau hanya sempat bercakap selama 2 minit sahaja namun cukup melegakan hati saya. Sentiasa terngiang-ngiang suaramu wahai sahabatku.
Buat sahabat terbaek saya yang pernah menghilang dari diri saya selama 2 bulan,
Akhirnya awak kembali ke pangkuan saya bila pada 15 April 2012 awak menghubungi saya. Rindu saya pada awak sudah terubat. Ceria hati saya bila suara awak kembali berkumandang di corong telinga saya.