Tuesday 25 September 2012

hidup penuh cabaran

apa yg kita inginkan dalam hidup mungkin tidak akan tercapai.. biar apa pun kita harus bersyukur dan menerima dengan hati terbuka.. jangan sesekali kita mengalah dan sentiasalah kita senyum sentiasa semoga hidup kita akan lebih gembira

Tuesday 18 September 2012

Rindunya Pada Suara Itu

Awak,

Buat saat ini saya benar-benar perlukan awak. Perlukan telinga saya untuk mendengar suara awak. Saya rindukan 'jantan' voice awak yang sangat-sangat menenangkan jiwa saya.



Saturday 11 August 2012

Syukur Selamat

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerna awak berada dalam keadaan selamat saja. Risau saya bila baca berita pasal kapal terbakar di Labuan tu. Panggilan dari awak walau hanya sempat bercakap selama 2 minit sahaja namun cukup melegakan hati saya. Sentiasa terngiang-ngiang suaramu wahai sahabatku.


SYUKUR YA ALLAH.

Tuesday 1 May 2012

Awak Kembali Semula

Buat sahabat terbaek saya yang pernah menghilang dari diri saya selama 2 bulan,


Akhirnya awak kembali ke pangkuan saya bila pada 15 April 2012 awak menghubungi saya. Rindu saya pada awak sudah terubat. Ceria hati saya bila suara awak kembali berkumandang di corong telinga saya.

Sunday 8 April 2012

Insan Misteri Kini Menghilang

Ke hadapan kawan terbaek saya yang pernah saya sayang dan rindu sehingga kini.


Apa khabar awak di sana? Harap sihat hendaknya di tempat baru. Sudah hampir 2 bulan saya tidak mendengar suara awak di telefon. Kali terakhir kita berhubungan ialah pada 6 Februari 2012 dan kali terakhir awak menghubungi saya pada 16 Februari 2012 tapi saya tak sempat nak mengangkatnya. Dan sejak itu kita terus terputus hubungan.


 SAYA RINDU AWAK!
~ Blog ini merupakan hak milik TINTA AHLAAM ~